Bukan Tersedak Susu Tapi Tempurung Kepala Adam Raykal Retak Dan Ada Pendarahan Otak!!!
Juli 04, 2018
Edit
Ada desas desus mengatakan sebab tersedak susu tetapi sebenarnya punca kematian bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi, berusia lima bulan di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves disebabkan kecederaan di bahagian kepala.
Tiada Sisa Susu Di Kerongkong Bayi
Ini kenyataan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya.Baca Juga
Fadzil berkata, bedah siasat dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) bermula jam 9.45 pagi tadi hingga jam 1 tengah hari.
Keterangan Pegasuh Tak Betul
Katanya, dengan laporan bedah siasat itu, ia sekali gus menafikan keterangan awal suspek sebelum ini bahawa bayi berkenaan tersedak susu.Pada hari kejadian, suspek turut mengasuh dua lagi bayi lain, namun diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sejak dua tahun lalu dan turut mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.
Doakan Yang Baik-baik
Malam tadi kononnya Adam Rayqal dilaporkan hilang selepas pengasuhnya dikatakan tersalah serah bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di Kampung Nakhoda, Batu Caves kira-kira 6.30 petang, semalam. Tetapi rupanya anak kecil itu sudah tiada dan dujumpai dalam peti.Ya, kematian yang menyayat hati ini agak mencuit emosi kaum mak-mak namun apa pun kita doakan moga Farrah Madihah serta suaminya Mohd Sufi tabah dengan ujian Allah dan segala urusannya dipermudahkan agar pihak yang bersalah dihukum sewajarnya atas kesalahan yang dibuat.
Info: Berita Harian