[VIDEO] Pencuri Melekat Di Atas Bumbung Apabila Tuan Rumah Amalkan Ayat Pendinding Al-Quran



Video : Pencuri melekat di atas bumbung Apabila tuan rumah amalkan ayat pendinding Al-Quran | sebagai seorang islam, dari kecil lagi kita diajar supaya sentiasa membaca doa dan mengamalkan surah-surah tertentu sebagai pendiding diri, dan keluarga. Doa merupakan senjata paling mujarab umat islam dan mampu mengalahkan apa-apa sahaja dengan izin allah.
Sebuah video tular di internet yang dikongsikan oleh Boneo page walaupun ia video lama namun boleh dijadikan amalan sebagai pendinding.

Seorang lelaki ditahan kerana cuba menceroboh rumah di Kampung Lutong Baru Miri, Sarawak pada 27/6/2017. Oleh kerana tuan rumah memasang pendinding dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, Pencuri tersebut terlekat diatas bumbung rumah dan yidak dapat melepaskan diri.
Image may contain: house, car, sky and outdoor
No automatic alt text available.
Image may contain: 1 person, standing
Image may contain: one or more people
Antara ayat pendinding yang boleh anda amalkan
sebenarnya ada banyak ayat pending Al-qurn yang boleh anda amalkan berikut yang penulis kongsikan kepada anda

Petua Pagar Rumah Untuk Elak Pencuri Dan Jin Dari Memasuki Rumah
Kami nak berkongsi dengan anda petua untuk diamalkan supaya Allah memelihara rumah serta harta-benda kita dari dimasuki oleh pencuri atau dimasuki oleh jin. InshaAllah.
Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan tapak tangan kanan anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa seperti berikut :
1) Mengucap dua kalimah syahadah.. (1x)
2) Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. (3x)
3) Baca Ayatul Kursi.. (1x)
4) Baca Surah Yasin ayat ke-9.. (1x)
“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Bermaksud : “Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.
5) Lafazkan “Bismillahitawakkaltu’Alallah” ; “La haulawala khuwwata illabillah ‘ill ‘Aliyil ‘Aziim”
Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.Sumber dari Pusat Rawatan As-Syifa,An-Nur.
Jika tidak mahu amalkan ayat seperti di atas anda juga boleh amalkan ayat pendinding seperti dibawah


AlhamdulilLah! Dengan izin Allah Yang Maha Mulia, Maha Suci, Maha Hebat lagi terbukti Maha Agung, dengan Rahmat, Rahim dan limpahan Faidz-NYA dapatlah saya menyampaikan amalan pendinding ini diatas permintaan yang banyak saya terima dari email-email yang dikirimkan.
Berikut adalah ayat :

Cara amalannya :

1. Hendaklah diamalkan sebanyak 11X setiap lepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3X selama 7 hari berturut-turut.
2. Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7X setiap penjuru.
Nota : Ada juga yang menuliskan ayat kedua ayat ini pada 4 keratan kertas lalu ditanam pada empat penjuru rumah.
PERINGATAN! :
Iktikad kita perlulah diperbetulkan dengan meyakini bahawa hanya Allah SWT sahajalah yang berupaya memberikan perlindugan. Tujuan ayat dibaca dan diamalkan dengan berharap kepada Allah SWT dengan membacakan FirmanNYA dan meyakini sebulat hati bahawa Firman Allah adalah Maha Benar.
Hendaklah ayat ini dijadikan amalan harian dan diterapkan dalam kehidupan harian bukan bagi tujuan tertentu atau atas kehendak kita sahaja.
AWAS! :
Firman-firman Allah didalam Quran bukanlah seperti lampin pakai buang.
Asbabbun Nuzul ayat 8-9 surah Yaasiin :
“Ikrimah RA. Menjelaskan bahawa kedua ayat ini diturunkan berkenaan dengan Abu Jahal yang berkata “Jika bertemu Muhammad, aku akan membunuhnya.” Saat Junjungan Hadhrat Baginda RasullulLah SAW berada didekatnya, orang-orang memberitahu Abu Jahal. Akan tetapi Abu Jahal tidak dapat melihat Junjungan Hadhrat Baginda RasullulLah SAW.
(HR. Ibnu Jarir. Lihat Qurthubi : 8/5640).
Menurut dari sekelian Guru-guru saya, amalan Yaasiin ayat 8-9 ini dengan kehendak, kebesaran dan keizinan dari Allah SWT dapat melindugkan diri dan rumah dari gangguan sihir, musuh dan perompak.

Saya sendiri telah mengamalkannya dan mendapatkan bukti kebenaran Firman Allah didalam surah Yaasiin ayat 8-9 ini hingga terpelihara diri dari bala bencana dan selamat sampai kerumah. Kejadian ini bersaksikan hampir lebih dari 200 orang ketika itu. Apapun terserah kepada anda samada untuk mempercayai atau tidak. Terserah juga kepada anda untuk mengamalkannya atau tidak.
Banyak lagi ayat-ayat dari Quran yang merupakan Firman dari Allah SWT yang telah saya amalkan dan mendapat bukti kebenarannya melalui kejadian yang berlaku kepada diri saya sendiri. Malah dengan pembuktian dari Allah SWT ini juga menambahkan keyakinan dan keimanan saya kepada Allah SWT Yang Maha Agung.
Agak menyedihkan juga apabila ramai dari umat islam sendiri yang mengatakan ayat-ayat Quran yang merupakan firman-firman Allah SWT ini sebenarnya hanyalah sebagai peringatan dan panduan sahaja dan tidak pula mempunyai apa-apa keberkesanan. Malahan ada yang mendakwa ayat-ayat Quran tidak boleh memerangi atau menghalau syaitan dan jin yang mengganggu manusia seperti mana yang digunakan oleh perawat-perawat dari Rawatan Islam. Penjelasan saya, fahamilah firman Allah SWT ini :
Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, (Yaasiin : 2)
InsyaAllah dijika mendapat limpahan Faidz, Rahmat dan keizinan Allah SWT, akan saya berikan pula huraian serta hujah dalil akli KEBENARAN QURAN bagi kefahaman kita dan semoga dapat dijadikan sebagai senjata hujahan bila berdepan dengan orang yang bukan beragama islam yang sekeras-kerasnya mendakwa Quran itu rekaan Muhammad semata-mata.
WalLahHu Ta’alaa A’lam…
VIDEO:

Oleh :‘Abdu Dha’if Faqir Haqir
sumber : darul-azzikri.blogspot.com

Berlangganan update artikel terbaru via email:

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel